27 Dis 2011

10 Dis 2011

Sesi Jun 2011 Berakhir


Alhamdulillah, sesi jun dah berakhir..

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dapat A bagi BA 301..
apa yang anda usahakan itulah yang anda dapat....

tapi bagi yang kurang berjaya...ada hikmah disebalik setiap perkara...cuba lagi
Jangan jadi pelajar last minute study kerana anda hasilnya keputusan anda kurang memuaskan betul tak ? "Engineering Mathematics 3" perlukan banyak masa kerana banyak step yang perlu difahami, diingati dan digunakan bagi menjawab soalan-soalan.
Apapun yang baik jadikan taulan dan yang buruk jadikan sempadan..Good Luck for everything

8 Okt 2011

Theory Test 1

Salam Semua...

Tahniah ! kepada semua pelajar kerana berjaya menjawab soalan "Test 1" dengan bersungguh-sungguh...

Saya berharap pelajar-pelajar DAD 3B / DKM 3C / DKA 3B dan DKA 3C sentiasa menunjukkan komited terhadap kesungguhan dalam belajar. Tanpa KESUNGGUHAN kita tidak akan menjadi yang CEMERLANG

DKA 3B terpilih sebagai kelas yang mendapat markah 80 ke atas paling ramai.... Tahniah yea

DKA 3B

Kelas DKA 3B berjaya mendapat bilangan A paling ramai iaitu seramai 11 orang... Tahniah tingkatkan prestasi ....Apa yang paling best dalam kelas DKA 3B adalah sesi "Tazkirah" 10 minit yang cukup mendapat perhatian dan komitmen pelajar-pelajar. Anda semua adalah TERBAIK.

5 Ogo 2011

Ramadhan Kareem

Selamat Berpuasa kepada semua pelajar-pelajar BA 301: DKM 3C, DAD 3B, DKA 3B, DAD 3C
Semoga Ramadhan kali ini dapat mempertingkatkan kekuatan Rohani dan Jasmani diri semua pelajar.

QUIZ1 akan menyusul..selamat berusaha

10 Jul 2011

First Week

Minggu pertama kita semua akan belajar statistik, amat penting bagi membantu pelajar-pelajar politeknik yang akan menyiapkan projek semasa atau projek akhir. Kenapa? Pelajar yang berjaya menyiapkan sesuatu projek dapat meneruskan kajian masing-masing dengan mendapatkan statistik dalam min, mod, median atau menggambarkan menggunakan Graf . Sebagai contoh anda ingin mengukur tahap kepuasan projek yang anda bangunkan. "Min tahap kepuasan adalah 5.8 di mana pengguna amat bersetuju dengan projek yang dibangunkan" atau keluarkan graf bagi menunjukkkan tahap kepuasan projek yang anda bangunkan. Selamat Belajar...

8 Jul 2011

Welcome to all student Math 3 BA 301

Blog Maths 3 bagi kursus BA 301 ini akan dapat membantu semua pelajar yang sedang mempelajari Mate 3 meningkatkan motivasi dan memperolehi tips yang berguna. " Belajar Math 3 Best !"

28 Jun 2011

ENGINEERING MATHEMATICS 3 (BA 301)

MATEMATIK KEJURUTERAAN 3 mendedahkan pelajar kepada konsep statistik dan penggunaannya dalam menginterpretasi data. Pengganggaran luas dan isipadu di bawah lengkungan yang tak sekata dengan menggunakan Petua Trapezium dan Simpson. Janjang Arithmetik & Geometrik dan konsep matriks asas bagi menyelesaikan persamaan serentak dengan menggunakan Kaedah Matriks Songsang dan Petua Cramer. Kaedah Berangka membolehkan pelajar menyelesaikan persamaan serentak linear dan persamaan tak linear

Arkib Blog